Antarabangsa

Vaksin Malaria Terkini Sangat Berkesan – Saintis

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ENGLAND, 09 September 2022 – Saintis di Universiti Oxford telah mencipta vaksin malaria yang baru, dipercayai dapat memberi perlindungan sehingga 80 peratus terhadap penyakit membawa maut itu.

Menurutnya, vaksin itu dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan dan akan dikeluarkan lebih daripada 100 juta dos setahun.

Jelasnya, dengan penghasilan vaksin baru, kematian kanak-kanak akibat malaria dapat dikurangkan dengan drastik.

Keputusan percubaan daripada 409 kanak-kanak di Nanoro, Burkina Faso menunjukkan tiga dos awal diikuti dengan dos penggalak setahun kemudiannya dapat memberikan perlindungan sehingga 80 peratus.

“Ini adalah data terbaik dalam bidang dengan mana-mana vaksin malaria,” kata Profesor Adrian Hill, pengarah Institut Jenner di universiti itu.

Pasukan itu akan memulakan proses mendapatkan kelulusan dalam beberapa minggu akan datang, namun keputusan muktamad bergantung pada keputusan percubaan yang lebih besar terhadap 4,800 kanak-kanak yang akan dibuat sebelum akhir tahun ini.

Malaria adalah salah satu penyakit berbahaya ke atas manusia sejak dahulu kala dan kebanyakannya membunuh kanak-kanak dan bayi.

Mengikut data, seramai lebih daripada 400,000 orang setahun maut akibat malaria.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: