Tempatan

Bantahan Rakyat Terhadap BSD Ditidakkan – Lukman Sheriff

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 September 2022 – Susulan bantahan yang dilakukan beberapa peguam Malaysia dalam menolak pelaksanaan ‘Basic Structure Doctrine’ (BSD) import yang sedang menguasai pemikiran dan pendekatan peringkat tertinggi cabang judisiari negara, peguam, Lukman Sheriff dalam satu hantaran di Facebook menjelaskan mengenai BSD bagi mengelak berlakunya sebarang kekeliruan.

“Mahkamah sudah punyai kuasa kehakiman sejak beratus tahun bagi setengah negeri. Keputusan BSD Indra Ghandi adalah pada saya tidak tepat apabila gagal mengambil kira status dan sejarah Mahkamah Syariah sebelum 1957 walhal prinsip BSD mesti mengambil kira sejarah dan falsafah Perlembagaan. Isu ini tidak properly ventilated dihujahkan sepenuhnya di Mahkamah Sivil tetapi kesannya mengikat kita semua.”

Beliau berkata, oleh kerana mahkamah mengatakan ia asas Perlembagaan, kita kemudiannya tidak boleh mengubahnya melalui Parlimen. Kenapa rakyat tidak boleh tentukan ini dan kenapa hak ini ditidakkan?

“Ketetapan persempadan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Syariah sepatutnya ditentukan oleh legislatif. Kalau pada satu hari rakyat dan Agong merasakan Mahkamah Syariah sudah ada kepakaran untuk membuat “judicial review” ke atas badan-badan Islam lain, kenapa ini pula perlu disekat?”

“Ini domain legislatif dan rakyat untuk tentukanmya. Perlembagaan sekian lama benarkan ini dipinda. Kenapa tiba-tiba ini menjadi asas Perlembagaan yang tidak boleh dipinda.”

“Sebab itu pada saya undang-undang BSD ini sudah menjadi arbitrari dan BSD perlu ditolak,” jelas beliau mengenai isu penggunaan BSD ini.

Peguam itu yang juga Pengerusi Gabungan Organisasi Masyarakat Sivil Dalam Proses Semakan Sejagat (MACSA) berkata, selain Mahkamah Syariah, BSD turut diguna pakai ke atas pentadbir tanah misalnya. Kalau pun dihujahkan ia bersesuaian bagi keputusan lain, sejarah dan status Mahkamah Syariah tidak patut sama dengan tribunal lain. Mahkamah Syariah adalah institusi yang sudah wujud jauh sebelum 1957 dan sudah sekian lama mempunyai bidang kuasa jenayah Syariah.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa bantahan beliau itu adalah berdasarkan alasan-alasan yang munasabah dan adil. Kritikan ke atas interpretasi undang-undang adalah amalan biasa dalam akademia dan dibenarkan cuma, apabila mengkritik beliau menyarankan agar kita tidak menyentuh keperibadian hakim.

“Kita kritik keputusannya dan bukan hakim sendiri.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: