Antarabangsa

Rusia Mahu Isytihar LGBT Sebagai Ekstremis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MOSCOW, 21 November 2023 – Kementerian Kehakiman Rusia pada bulan ini, berkata ia telah memfailkan tuntutan mahkamah dengan meminta Mahkamah Agung Rusia untuk melabel gerakan LGBT antarabangsa sebagai ekstremis dan seterusnya mengharamkan operasinya di negara itu.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman webnya, kementerian itu berhujah bahawa rangkaian LGBT  telah terlibat dalam pelbagai aktiviti yang melayakkannya dilabel sebagai  kumpulan pelampau. Secara khususnya, ia telah menyemai perselisihan sosial dan agama, kata kementerian itu.

Di Rusia, organisasi awam terbesar itu dipanggil Russian LGBT Network, merupakan sebuah platform sivik yang dicipta pada pertengahan tahun 2000-an, yang menghimpunkan pelbagai kumpulan serantau yang menyokong hak minoriti seksual.

Rangkaian itu,dilabel sebagai ejen asing, adalah entiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan merupakan sebahagian daripada LIGA – Persatuan Lesbian, Gay, Biseksual, Trans dan Interseks Antarabangsa – sebuah NGO utama yang berpangkalan di Switzerland yang mempromosikan hak gay dan aktif sejak tahun 1970-an.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Rusia secara beransur-ansur mengetatkan undang-undangnya yang bertujuan untuk mengekang penyebaran ideologi LGBT. Pada 2013, ia melarang propaganda LGBTQ yang menyasarkan fahamannya kepada golongan bawah umur.

Larangan itu diperkukuhkan pada Disember lalu, apabila undang-undang yang diperkenalkan mengenakan denda yang tinggi kepada sesiapa yang didapati bersalah mempromosikan hubungan seksual songsang, pedofilia dan transgenderism dalam kalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Rusia mengambil langkah tegas terhadap gerakan LGBT ini yang semakin meresahkan negaranya dan jika tuntutan Kementerian Kehakiman disetujui oleh Mahkamah Agung Rusia, para aktivis golongan ini dapat dilabel sebagai ekstremis sehingga boleh dipenjarakan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: