Tempatan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan Tidak Dihormati, Tokoh Akademik Kecewa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Januari 2023 – “Itulah, kita orang Malaysia sudah terlalu terbuka dan sudah terlalu liberal dan terlalu tak kisah soal dasar-dasar negara. Jadi ‘no point’ untuk bangkitkan isu ini. Bagi saya, memang saya kecewa lah dan tak perlu kita bercakap soal Dasar Kebudayaan Kebangsaan lagi, sebab masing-masing pun sudah mempunyai banyak kebebasan sekarang,” ujar Profesor Datin Paduka Datuk Dr Ramlah Adam.

Menurut Pakar Sejarah itu, banyak benda sekarang sudah lari dari asal usulnya. Sebab orang politik dan juga masyarakat sendiri pun tidak berpegang kepada satu-satu perkara itu dengan teguh, mereka borong semua apa saja termasuk ramai yang menafikan juga Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya apakah langkah tuntas yang segera boleh diambil pihak berwajib supaya penyatuan dan perpaduan semua rakyat tidak terus memburuk dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dapat diteruskan?

“Kita lihat PM sekarang, baru-baru ini mengiktiraf Sabah, Sarawak sebagai Wilayah, sedangkan perkara itu tidak boleh kerana mereka adalah negeri di dalam Malaysia tapi itulah sebab politik dalam Malaysia banyak perkara jadi bercanggah. Kita pun tak mahu cakap apa nanti jadi isu pula,” katanya.

Jelasnya lagi, itu belum lihat kerangka masyarakat Madani, bagi saya benda-benda macam ni cuma akan jadi retorik saja sedangkan pelaksanaan itu sebenarnya bergantung kepada Perdana Menteri itu sendiri sama ada nak bersungguh atau tidak.

Misalnya, kita lihat Ismail Sabri tempoh hari di mana dia bercakap Bahasa Melayu di persidangan antarabangsa. Walaupun, sebenarnya itu merupakan satu pencapaian tetapi banyak orang yang mencemuh dia pula.

“Banyak orang mengata dia kononnya disebabkan dia tak tahu berbahasa Inggeris. Padahal, niat dia untuk memartabatkan lagi bahasa Kebangsaan tetapi disalahertikan pula,” katanya.

Ditanya, kenapakah agaknya Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) yang diputuskan sekian lama seolah-olah gagal membentuk jati diri warga Malaysia?

Menurutnya, Dasar Kebudayaan Kebangsaan itu memang ada dulu dan telah digubal pada tahun 1971. Sejak merdeka lagi penggubalan dibuat dikeranakan ketika itu masih tiada arah dalam mewujudkan Kebudayaan Kebangsaan tetapi secara perlahan sudah lenyap.

Sekarang, ada lagi ke benda tu? soal beliau.

Jelas beliau lagi, kalau dulu, dapatlah juga kita tengok kempen memakai baju Kebangsaan, tetapi masih ada juga kelonggaran untuk yang bukan Melayu pakai baju Kebangsaan mereka sendiri seperti Cheongsam dan Sari. Baju Kurung pun ada juga orang bukan Melayu pakai.

Misalnya macam MP-MP, kita dapat tengok sewaktu mereka di Majlis Angkat Sumpah mereka memakai baju kurung atau berkebaya panjang itulah Dasar Budaya Kebangsaan kita yang sempat diserapkan. Bagi saya perkara lain tidak jelas.

Ditanya, apakah pemimpin kerajaan tiada ‘political will’ untuk mematuhi road map yang telah diputuskan DKK atau di manakah silapnya?

Jelasnya, tidak ada yang silap pun, saya rasa senang saja Kerajaan yang tidak utamakan perkara itu.

“Mereka hanya melihat benda-benda rasmi sahaja misalnya macam berdoa, memakai baju kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan itupun pada skala kecil saja. Berjemaah mengaji al-Qur’an di sesetengah tempat sebelum memulakan majlis.”

Rasanya, itulah sedikit sebanyak ianya direalisasikan dengan merangkumi agama dan budaya serta bahasa Kebangsaan. Tetapi selain itu tidak ada pun digunakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Tambah beliau, apa yang saya lihat, kebanyakkan mesyuarat-mesyuarat pun masih juga dijalankan dalam bahasa Inggeris. Ucapan-ucapan para menteri sebelum ini pun banyak selingan bahasa Inggeris termasuklah Perdana Menteri yang baru Anwar Ibrahim pun sama juga. Sebab itu, saya berpandangan dasar ini tidak jelas.

“Ini disebabkan kesedaran yang rendah dan kefahaman mengenai kebudayaan selain kepentingan politik yang menekan kebudayaan kaum sahaja dan penekanan yang lebih kepada kemajuan ekonomi.”

Sedangkan, penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya berbeza.

Dasar ini sebenarnya, dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

Namun demikian, tidak dinafikan, pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum.

Maka, kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian Kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

Malangnya, perkara itu masih tidak berlaku kerana usaha ke arah itu telah lama berhenti namun amat wajar untuk diteruskan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: