Antarabangsa

Imam Antara Korban Letupan Besar Di Masjid Kabul

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AFGHANISTAN, 18 Ogos 2022 – Letupan besar yang berlaku di sebuah masjid di Kabul, Afghanistan semalam ketika jemaah sedang menunaikan solat Maghrib telah mengorbankan 20 jemaah dan Imam masjid tersebut sendiri antara yang terbunuh, menurut Pegawai Perisikan Taliban.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, letupan yang berlaku di sebuah masjid di kawasan Khair Khana di Kabul telah menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh selain berkemungkinan akan menyaksikan peningkatan jumlah korban.

Letupan kuat yang kedengaran di kawasan kejiranan utara Kabul serta telah memecahkan tingkap di bangunan berdekatan itu mungkin telah menyebabkan seramai 35 orang cedera atau terbunuh, tambah Pegawai Perisikan Taliban itu.

Dalam pada itu, jurucakap polis Kabul Khalid Zadran mengakui bahawa terdapat korban dalam tragedi letupan tersebut namun jumlahnya masih belum dapat dijelaskan.

Menurut kenyataan Hospital Kecemasan Kabul, pihaknya menerima 27 pesakit yang cedera dalam letupan masjid di Kabul itu, termasuk seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun.

“Pasukan perisikan berada di lokasi letupan dan siasatan sedang dijalankan,” demikian menurut laporan sebuah portal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: