Antarabangsa

Pelancong Barat Tembak Muslim Sebagai Acara Sukan Dalam Genosid Bosnia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SARAJEVO, 16 September 2022 – Pelancong kaya Barat bayar duit untuk buru dan tembak Muslim Bosnia sebagai acara sukan. Perkara ini didedahkan menerusi filem “Sarajevo Safari”.

Menurut pengarah filem tersebut, Miran Zupanic, beliau mula mendengar mengenai fenomena ‘safari’ pada Februari 2019.

“Penerbit saya, Franci Zajc, memberitahu saya tentang kisah itu. Kami sudah bekerjasama di Bosnia dan Herzegovina, sebelum itu pada 1993, dia kemudian membuat penggambaran dengan jurukamera itu pada 1993 dan 1994 dan mendengar pelbagai cerita. Salah satu cerita itu adalah tentang ‘safari’ itu dan dia menelitinya sendiri. Dia memberitahu saya dan saya tidak percaya.”

Pendedahan ini juga disahkan oleh seorang pengguna media sosial.

“Maklumat ini hanya boleh diperoleh oleh mereka yang dibenarkan untuk melihat dokumen sulit. Menurut seorang anggota marin AS yang ditempatkan di Sarajevo pada tahun 1998, beliau menyaksikan seorang pelancong sanggup membayar 10k seorang untuk menembak orang awam di Sarajevo,” kata Sabina T.

Perang Bosnia yang berlaku dari tahun 1992 hingga 1995 menyaksikan kira-kira 50,000 perempuan Islam Bosnia daripada pelbagai lapisan umur menjadi mangsa rogol beramai-ramai dan 2.2 juta lagi terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing demi menyelamatkan diri dan keluarga daripada menjadi mangsa kekejaman tentera Serbia.

Muslimah yang sedang sarat mengandung juga tidak terlepas daripada kekejaman Serbia – bayi mereka dalam kandungan dicungkil keluar dengan tujuan menghapuskan kelahiran bayi etnik Islam Bosnia ke muka bumi ini – dalam keadaan ibunya dibelah hidup-hidup.

Sesetengah daripada wanita yang ditempatkan di kem tahanan pula dirogol berulang kali oleh tentera-tentera Serbia pada setiap malam.

Manakala lebih 8,000 lelaki dan remaja lelaki diburu dan dibunuh di sekitar Srebrenica oleh tentera-tentera Serbia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: