Tempatan

Banjir Jejaskan Hasil Padi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TUMPAT, 07 Mac 2023 – Hasil padi di bawah seliaan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bunga Raya dilaporkan menyusut setiap tahun akibat perubahan cuaca yang tidak menentu.

Pengerusinya, Kasim Omar berkata, selain banjir yang berlaku luar musim, fenomena air pasang menjejaskan lagi pengeluaran hasil padi.

BACA JUGA: Isu Kualiti Makanan Mangsa Banjir, KPWKM Beri Teguran

BACA JUGA: Sultan Selangor Puji PM, Tolak LGBT & Negara Sekular

BACA JUGA: Institusi Raja-Raja Melayu Berfikrah ASWJ, Akidah Al Asha’ari, Bermazhab Syafie & Bertasawuf Al Ghazali – Sultan Selangor

“Bukan itu sahaja, kemasukan air laut ke dalam petak sawah apabila fenomena air pasang menyebabkan petani tidak dapat menghasilkan padi berkualiti,” jelasnya.

Beliau berkata, jika dibiarkan berlarutan situasi itu boleh memberikan kesan tidak baik kepada ‘kesihatan’ tanah.

“Padi adalah punca pendapatan utama penduduk. Tanpa padi mungkin mereka tidak dapat menjana pendapatan untuk menyara keluarga.”

Terdahulu, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) juga melaporkan hasil padi di bawah seliaannya merosot 150,000 tan metrik setahun yang dibimbangi jika berterusan akan menjejaskan bekalan beras negara.

Melihat perkara ini dengan serius, pakar pertanian dan sekuriti makanan, Profesor Datuk Dr. Zulkifli Idrus menyarankan Kerajaan supaya mengkaji semula kaedah penjagaan padi termasuklah melakukan analisa ke atas tanah pertanian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: