Antarabangsa

Vaksin AstraZeneca: Suntik Semua Kecuali Orang Tua – AIFA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ROME – Agensi Perubatan Itali (AIFA) meluluskan kebenaran suntikan vaksin Covid-19, AstraZeneca kepada semua rakyatnya kecuali mereka yang berumur 55 tahun ke atas.

Mereka menggesa golongan yang berumur 55 tahun ke atas atau mempunyai ketahanan tubuh yang lemah untuk menggunakan vaksin berteknologi mRNA.

Ini kerana kumpulan umur tersebut “kurang wakil dalam tempoh percubaan vaksin” menyebabkan keberkesanan suntikan vaksin tersebut diputuskan sebagai kurang pasti.

“Berdasarkan panduan yang diberikan Agensi Perubatan Eropah, AIFA luluskan suntikan vaksin AstraZeneca untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas bagi mencegah penyakit Covid-19.”

“AIFA juga mengesyorkan penggunaan vaksin berteknologi mRNA kepada golongan berusia dan lemah tubuh badan.”

Suruhanjaya Vaksin Jerman mengesyorkan agar vaksin yang dibangunkan AstraZeneca dan Universiti Oxford itu tidak sepatutnya diberikan kepada warga emas berusia lebih 65 tahun selepas data menunjukkan ketidakberkesanannya.

Namun syarikat farmaseutikal itu menyanggahnya dan mendakwa data yang dikeluarkan oleh mereka sendiri menunjukkan vaksin AstraZeneca mampu menghasilkan antibodi kepada golongan usia tersebut selepas pemberian dos kedua.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: