Tempatan

Vaksin AstraZeneca: Penerima Sukarela Dilindungi Insurans – Khairy Jamaluddin

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 4 Mei 2021 – Individu yang bakal menerima suntikan vaksin AstraZeneca mulai esok, dilindungi insurans, sekiranya mengalami sebarang kesan sampingan, ujar Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

“Ya, vaksinasi menggunakan AZ (AstraZeneca) dilindungi menerusi Dana Kecederaan Vaksin COVID-19.”

“Meskipun AZ ditawarkan secara pengambilan sukarela, keseluruhannya ia masih sebahagian daripada PICK.”

Pada 22 Mac lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengumumkan bahawa kerajaan memperuntukkan Dana Kecederaan Vaksin COVID-19, dengan nilai keseluruhan sebanyak RM10 juta buat masa ini, untuk menampung pembayaran pampasan kepada mana-mana individu yang mengalami sebarang kesan sampingan daripada program imunisasi.

Penerima vaksin yang mengalami kesan sampingan teruk sehingga memerlukan rawatan untuk jangka panjang di hospital bakal diberikan pampasan bernilai RM50,000 manakala pembayaran menjangkau RM500,000 disalurkan kepada individu berkenaan atau waris, sekiranya cacat kekal atau meninggal dunia.

Vaksin AstraZeneca ditawarkan kepada penerima yang sukarela selepas kerajaan mendapati sehingga 8,000 individu yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), membatalkan pendaftaran masing-masing selepas mengetahui AstraZeneca antara vaksin ditawarkan.

Tindakan itu diambil selepas menimbangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat ketika ini terhadap tahap keselamatan vaksin berkenaan yang sebelum ini dikaitkan dengan insiden pembekuan darah yang jarang berlaku di beberapa negara.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button