Tempatan

Jenaka Hina Malaysia & MH370: NGO Gesa Halang Pelawak Masuk Malaysia Seumur Hidup

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Jun 2023 – Pertubuhan Kebajikan Amal Penyatuan Tujuh (PKAP7) menggesa Kerajaan khususnya kementerian berkaitan untuk mengenakan tindakan tegas kepada pelawak dari Singapura, Jocelyn Chia termasuk menyekat kemasukan beliau dan ahli keluarganya dari memasuki Malaysia sampai bila-bila.

PKAP7 yang berkata dalam sebuah kenyataan memandang serius akan kebiadapan pelawak tersebut yang dakwanya secara jelas menghina Malaysia termasuk mengguris hati dan perasaan ahli keluarga kepada mangsa nahas MH370 serta MH17.

BACA JUGA: Demam Malaria Monyet, Tiada Bukti Mampu Jangkiti Manusia

BACA JUGA: Subsidi Negara Hangus Ditelan Warga Asing

BACA JUGA: Kesan Sampingan Vaksin Covid-19, Kerajaan Bayar RM2.5 Juta Pampasan Setakat Ini

PKAP7 turut mendesak agar Jocelyn Chia segera membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi di masa hadapan.

“Sekiranya beliau enggan berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, maka PKAP7 menggesa Kerajaan khususnya kementerian yang berkaitan supaya mengenakan tindakan tegas kepada Jocelyn Chia, termasuk menyekat kemasukan beliau dan ahli keluarga beliau daripada menjejakkan kaki ke Malaysia sampai bila-bila. Ini bagi memberi pengajaran kepada beliau serta iktibar kepada orang lain,” kata PKAP7.

Semalam, pelawak tersebut mencetuskan kekecohan apabila didakwa menghina Malaysia selepas videonya tular di media sosial.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: