Tempatan

Kerajaan Pergiat Usaha Bina Bailey Bridge

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA PILAH, 03 Mac 2023 – Pemasangan Jambatan Panel Keluli Bermodular (Bailey Bridge) kini giat diusahakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Pilah setelah jalan utama menuju ke Felda Selancar musnah susulan hujan lebat kelmarin.

Jambatan Bailey adalah jambatan sementara yang boleh dipasang siap dalam tempoh minimum 36 jam sebagai laluan alternatif bagi menghubungkan kawasan yang terputus akibat bencana.

BACA JUGA: Kerajaan Cadang Hapuskan Petrol Diesel Bersubsidi Di Kelantan

BACA JUGA: Tidak Guna Tambah Jelapang Padi Jika Hasilnya Sama – Pakar

BACA JUGA: Pandangan NGO Islam Akan Dibawa Ke Dewan Rakyat – TSMY

Seramai dua pegawai dan 15 orang kakitangan JKR ditugaskan untuk pemasangan jambatan Bailey dengan kerjasama Cawangan Kerja Mekanikal JKR Negeri Sembilan dan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pengangkutan komponen dijangka sampai ke lokasi pada jam 12 tengah malam ini.

Terdahulu, media melaporkan pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya menyelamatkan tiga wanita mengandung berisiko tinggi yang terputus hubungan ekoran jalan runtuh di Felda Selancar melalui penerbangan ihsan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ketiga-tiga wanita tersebut berjaya dibawa keluar dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, Pahang.

Ribuan penduduk di Felda Selancar terputus hubungan selepas laluan utama ke kawasan tanah rancangan itu, Laluan Persekutuan FT2490 Jalan Masuk ke Perwira Jaya dan Selancar, runtuh susulan hujan lebat.

Menurut notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Rompin, tiada laluan alternatif selain jalan tersebut dan penutupan jalan tersebut adalah demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: