Terkini

Umat Islam Johor Dilarang Ikuti Perarakan Thaipusam, Sambutan Pongal – MAINJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

PETALING JAYA, 04 Februari 2023 – Umat Islam di Johor dilarang untuk mengikuti perarakan Thaipusam atau mengambil bahagian dalam sambutan Pongal, kata Mufti Negeri Johor, Yahya Ahmad.

Menurut beliau, larangan itu adalah di bawah fatwa baharu yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

BACA JUGA: Setelah Nurul Izzah, Kali Ini Tuduhan Babitkan Speaker Dewan Rakyat

BACA JUGA: Monopoli Tiket Umrah, MOTAC Nafi

BACA JUGA: Ekstremis Anti-Muslim Rasmus Paludan Didakwa Bual Seks Dengan Kanak-Kanak

Katanya, di bawah fatwa, perayaan tersebut ditakrifkan sebagai upacara keagamaan kerana ia “eksklusif” kepada penganut Hindu.

“Sekiranya upacara ini berlaku di rumah ibadat, maka ia termasuk dalam fatwa,”

“Tetapi untuk majlis di luar rumah ibadat untuk tujuan bukan ritual seperti rumah terbuka dan majlis makan malam, ia dibenarkan asalkan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh MAINJ,” jelasnya dengan lebih lanjut.

Sebelum ini, MAINJ mengeluarkan fatwa yang melarang umat Islam daripada menghadiri ritual perayaan keagamaan bukan Islam.

“Melalui pemerhatian kita dan selain mendapat makluman daripada orang awam, seperti sudah menjadi kebiasaan dalam mana-mana perayaan penganut agama bukan Islam yang dihadiri atau turut diraikan umat Islam,” kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fareed Mohd Khalil.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: