Antarabangsa

Konflik Bersenjata Sudan, Ratusan Cedera & Terbunuh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SUDAN, 17 April 2023 – Lebih 50 orang telah dilaporkan terbunuh manakala hampir 600 orang lagi cedera dalam sebuah pertempuran yang berlaku dalam kalangan puak-puak yang bermusuhan di Sudan.

Dalam masa yang sama, pihak tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) terus menerus menuduh satu sama lain dengan tuduhan menumpahkan darah. Selain itu, kedua-dua seteru itu juga turut membuat dakwaan yang saling bercanggah berkenaan dengan peningkatan mereka.

BACA JUGA: ‘Perang Dalaman’ Sudan: Wisma Putra Sedia Bawa Keluar Rakyat Malaysia

BACA JUGA: Main Mercun Lepas Jam 12 Malam Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang

BACA JUGA: 2 Kawasan Terus Catat IPU Tidak Sihat

Sekurang-kurangnya 56 orang telah disahkan terbubuh manakala sekitar 595 orang lagi cedera sebagaimana yang telah dilaporkan pada pagi Ahad. Namun jumlah kematian dijangkakan akan meningkat berikutan terdapat “kematian yang tidak dikira” di beberapa bahagian di negara itu.

Perselisihan berkenaan bagaimana Rapid Support Forces sepatutnya diintegrasikan ke dalam tentera telah mencetuskan pertumpahan darah pada pagi Sabtu lalu, di mana siri tembakan serta letupan telah meletus di ibu negara dari pagi sehingga ke waktu malam.

Kedua-dua pihak menggunakan kenderaan perisai dan trak yang dilengkapi dengan mesingan dan bertempur di sekitar Khartoum. Manakala terdapat beberapa saksi menyatakan bahawa mereka melihat kereta-kereta kebal dan juga beberapa buah pesawat.

Pihak tentera mendakwa bahawa pihak mereka telah melancarkan beberapa serangan udara terhadap Rapid Support Forces.

Permusuhan di antara kedua-dua pihak tersebut bermula sewaktu kejatuhan Presiden Omar al-Bashir pada 2019, di mana sewaktu itu Sudan sudah mula berada di dalam krisis politik. Negara tersebut pada masa ini dipimpin oleh Transitional Sovereign Council di mana presidennya adalah ketua bagi pihak tentera, manakala timbalannya adalah komandan bagi Rapid Support Forces.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: