Tempatan

Harga Siling Dan Subsidi Ayam Diumumkan Minggu Depan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2022 – Harga siling ayam yang baharu dan kadar subsidi kepada penternak akan diumumkan minggu hadapan, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa.

Ia susulan harga siling runcit ayam dan subsidi yang ditetapkan kerajaan sebelum ini akan berakhir pada 31 Ogos ini.

“Cuma yang perlu saya sampaikan kepada masyarakat, kita mengekalkan dasar di mana harga ayam perlu terus dikawal dan juga keutamaan ke tahap kecukupan bekalan domestik kekal menjadi satu keutamaan.”

Sehingga kini, harga ayam standard ditetapkan pada harga RM9.40 sen sekilogram.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM369.5 juta untuk pelaksanaan harga siling ini, menjadikan jumlah keseluruhan subsidi untuk ayam dan telur sebanyak RM1.1 bilion sejak 5 Februari lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: