Uthaya Enggan Tulis Tentang Islam, Rugilah Orang Islam – Farouk Peru
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
LONDON, 15 April 2022 – Mantan kolumnis Malay Mail Online, Farouk A. Peru menyuarakan kekesalannya tentang kerugian umat Islam kerana tidak lagi dapat meluaskan minda ekoran keengganan Uthaya Sankar menulis lagi berkenaan Islam.
“Uthaya Sankar SB telah dibebaskan dan tidak lagi mahu menulis pasai Islam. Maka rugilah orang Islam dari peluasan minda,” keluh Farouk di laman media sosialnya.
BACA: Vaksin AstraZeneca Ada Babi: Malaysia Akan Kaji Bahan Dalam Vaksin
BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin
BACA: Tahniah David Marshel, Waktu Untuk Tanggalkan Tudung Mereka
Uthaya Sankar sebelum ini telah menyatakan bahawa beliau tidak lagi akan menulis tentang Islam setelah bermalam semalaman di lokap polis.
Penulis tersebut telah menimbulkan kekecohan gara-gara hantaran di laman Facebook yang dikatakan menghina Nabi Muhammad S.A.W. apabila menyentuh tentang aspek ranjang dan perkahwinan yang dikira sensitif.
Sebelum ini, Farouk juga telah menggesa mereka menangkap ‘al Bukhari’ sebagai ganti sekiranya berasa sentap, malu dengan petikan ‘hadis’ itu oleh Uthaya Sankar.
“Ada Islamofasis yang termalu lalu tersentap ka? Kalau cam tu, pi tangkap al Bukhari la!”
Menurut Farouk, sahabatnya itu tidak bersalah dan hadis yang dipetik oleh sahabatnya yang berbangsa India itu perlu dibuang sahaja sekiranya ada pihak yang berasa pedih dengan komen tersebut.
“Apa salah Uthaya Sankar SB? Dia hanya petik hadis! Kalau pedih, remove ja hadis tu!” tegas beliau.
Hadis-hadis yang dibukukan oleh Imam al-Bukhari adalah semata-mata “dongengan kuno”, jawab beliau yang bersetuju dengan dakwaan Fariq Abdullah di laman Facebook, “Hadis bukhari mcm byk merepek”.