Tempatan

Utamakan Jururawat Tempatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 23 Jun 2024 – Hospital swasta dan pihak yang terlibat dalam industri pelancongan kesihatan perlu mengutamakan jururawat tempatan sebelum menggaji petugas dari luar negara bagi memenuhi kekosongan dan keperluan operasi mereka.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berkata, tanggungjawab mereka adalah memastikan keutamaan kepada bakat tempatan dalam mengisi kekosongan jawatan sebelum pengesyoran penggajian kepada rakyat asing.

Menurut pertubuhan itu, ini selari dengan syarat yang ditetapkan iaitu mana-mana majikan yang ingin menggajikan pekerja asing atau pegawai dagang hendaklah mengiklan selama 30 hari di portal MyFutureJobs dan membuat temuduga kepada calon tempatan.

Namun, tempoh pengiklanan tersebut dipendekkan kepada 14 hari bagi memudahkan majikan.

Dalam pada itu, Perkeso menafikan dakwaan larangan kemasukan 9,200 jururawat dari Filipina dan India meskipun kelulusan telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan.

“Tiada sekatan dibuat terhadap permohonan penggajian jururawat asing tersebut malah memberikan kelulusan secara berperingkat kepada majikan dan dengan pemberian kelulusan secara berperingkat tersebut dapat memberikan peluang kepada majikan untuk merancang pengambilan dengan lebih baik serta tidak perlu membuat permohonan semula.”

“Pada masa yang sama Perkeso boleh memastikan keutamaan kepada bakat tempatan diberikan,” jelasnya

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: