Tempatan

Utamakan Barangan Muslim – Khutbah Jumaat Pahang

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 19 Januari 2022 – Jabatan Agama Islam Pahang melalui Khutbah Jumaat negeri Pahang menyeru umat Islam agar mengutamakan pembelian produk keluaran Muslim untuk kebaikan pembangunan ekonomi Islam sendiri.

“Bagi membangunkan ekonomi umat Islam maka kita seharusnya mendahulukan membeli produk halal yang telah diusaha dan dipasarkan oleh orang Islam kerana terjamin halal dan baik.”

Khatib turut menegaskan bahawa kewajipan umat Islam untuk memilih produk halal merupakan salah satu kefardhuan dalam Islam.

“Apabila para peniaga muslim itu bertambah maju maka mereka dapat mengeluarkan zakat dan bersedekah untuk kebaikan umat Islam. Perkara ini sepatutnya menjadi amalan sepanjang hayat dalam hidup kita, bukan bermusim.”

Teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang itu menegaskan dengan jelas slogan Buy Muslim First (BMF) adalah untuk memberi kesedaran kepada umat Islam supaya mengutamakan pembelian barangan Muslim. Ia sama sekali tidak menyeru mana-mana pihak untuk memboikot barangan keluaran non-Muslim.

 

Leave a Reply

Back to top button