Tempatan

Ustazah Nazirah Bayarkan Yuran Sekolah Anak-Anak Mualaf Sebanyak RM10,415.00

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 16 Mei 2022 – “Ustazah Nazirah yang tidak menerima sebarang imbuhan kewangan melakukan semua ini demi kasih sayang kepada ketiga-tiga beradik itu sehingga beliau juga membelanjakan wang simpanannya serta mendapatkan sokongan daripada kenalannya untuk membayarkan yuran persekolahan mereka sebanyak rm10,415.00.”

Demikian perkongsian oleh Pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai Hung mengenai kesanggupan Ustazah Nazirah mengambil tanggungjawab menjaga kebajikan dan menziarahi anak-anak Nagahswaran di tempat tinggal mereka atas dasar kasih sayang dan belas kasihan kepada tiga beradik itu.

Ustazah Nazirah menjaga ketiga-tiga beradik itu selepas diamanahkan oleh Nagahswaran sendiri untuk membantunya menjaga anak-anaknya sehingga beliau dilepaskan daripada tahanan penjara, jelas Firdaus Wong.

Menurut perkongsian video oleh Firdaus Wong di Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa Nagahswaran telah ditahan di IPD Kuala Muda sebelum menyerahkan sementara amanah menjaga anak-anaknya kepada Ustazah Nazirah.

Sahabat kepada Nagahswaran, Abdullah (bukan nama sebenar) berkata, beliau yang memperkenalkan Nagahswaran kepada Ustazah Nazirah kerana Nagahswaran ingin mencari wanita yang boleh memahami anak-anaknya.

“Saya kenal Ustazah Nazirah. Sebulan selepas mereka memeluk Islam, sayalah yang memperkenalkan mereka dengan ustazah Nazirah, dan sebelum itu mereka tidak mengenali antara satu sama lain.”

Ustazah Nazirah juga adalah individu yang mengesyorkan Yayasan Abu Bakar, Sungai Petani Kedah kepada Nagahswaran untuk pendidikan agama tiga beradik itu, kata Abdullah.

“Kanak-kanak mendengar dan menjadi teruja untuk belajar. Mereka sudah lama tidak bersekolah dan gembira untuk menyambung pelajaran dan lebih-lebih lagi, mereka lebih teruja untuk mempelajari agama Islam.”

Justeru, pada 12 September 2020, Nagahswaran telah mendaftarkan tiga orang anaknya itu di Yayasan Abu Bakar, Sungai Petani Kedah.

Untuk rekod, Nagahswaran telah bercerai dengan isterinya, Loh Siew Hong pada 22 September 2021 dan ketiga-tiga anak mereka adalah di bawah jagaan Nagahswaran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: