Tempatan

MAKLUMAN: Gangguan Bekalan Air Libatkan Tiga Daerah N. Sembilan Bermula 15 Mei Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEGERI SEMBILAN, 14 Mei 2023 – Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) memaklumkan bahawa pihaknya akan melaksanakan penutupan sementara bekalan air di beberapa kawasan melibatkan tiga daerah Negeri Sembilan bermula 15 Mei ini.

Kata Ketua Jabatan Perkhidmatan Pentadbiran SAINS, Azly Azahari, antara daerah yang terlibat termasuklah di Seremban, Rembau dan Port Dickson.

Beliau berkata, penutupan bekalan air dijadualkan bermula pada 15 Mei 2023 jam 8 pagi hingga 8 pagi 16 Mei 2023.

Bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

BACA JUGA: MBK Keluarkan 17 Notis Tutup Premis Pusat Judi Haram

BACA JUGA: Penahanan Imran Khan Tak Sah! – Mahkamah

BACA JUGA: Menteri Selar AKSB Lemah Uruskan Masalah Air Kelantan

Bagaimanapun, bagi beberapa kawasan tinggi, tempoh pembaikan dijangka berlaku lebih lama.

Jelas beliau, penutupan bekalan air ini adalah susulan daripada kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip serta penyelenggaraan infrastruktur bekalan air.

Sebagai langkah kontigensi, penghantaran lori tangki dan penempatan tangki statik akan dilaksanakan sekiranya gangguan bekalan air berlaku lebih daripada tempoh 24 jam atau selepas tempoh penutupan.

“Untuk makluman, kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Para pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982 bagi mendapatkan sebarang bantuan lanjut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: