Tempatan

Ustaz Fadli, Pendakwah Yang Telah Islamkan Ribuan Mualaf Meninggal Dunia

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 05 Ogos 2021 – Ustaz Fadli Yusof, pendakwah yang amat gigih mengabadikan dirinya dalam medan dakwah dan telah mengislamkan ribuan rakyat Malaysia telah meninggal dunia sebentar tadi.

Allahyarham merupakan seorang pendakwah yang bersifat low profile, namanya tidak dikenali, namun ilmu dan kesantunannya telah membuka hati puluhan ribu rakyat Malaysia yang belum beragama Islam terutamanya di sekitar Sabah dan Pulau Pinang untuk berjinak-jinak mendekati Islam.

Antara jasa beliau selain membina masjid di pedalaman, mengislamkan dan mendidik beribu orang muallaf, Allahyarham tidak lokek berkongsi pengalaman dan ilmu dakwah kepada para jemaah di masjid dan golongan pendakwah di dalam dan luar negara.

Status media sosial beliau beberapa hari sebelum meninggal dunia adalah pengumuman mengenai pengislaman 22 orang muallaf, yang menjadikan jumlah keseluruhan 2,081 orang telah memeluk Islam sepanjang beliau berkecimpung secara sepenuh masa dalam dunia dakwah.

Jenazah Allahyarham Ustaz Fadli Yusof kini telah dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Anaknya, Ustaz Safwatullah sedang berada di kawasan pedalaman Sabah dan terpaksa pergi ke Bandar Keningau Sabah untuk mendapatkan kebenaran rentas negeri untuk pulang ke Semanjung kerana kematian ayahnya.

Leave a Reply

Back to top button