Antarabangsa

Usahawan Malaysia Bantu Bangunkan Afghanistan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KABUL, 24 Julai 2022 – Delegasi Organisasi Inisiatif Malaysia dan Afghanistan (OMAI) berkampung di Afghanistan merangka pelan strategi bagi membangunkan industri negara tersebut supaya Afghanistan dapat membangun menjadi maju setelah melalui tempoh peperangan melebihi empat dekad lamanya.

Delegasi yang berkampung di Kabul ini dipimpin oleh Profesor Datuk Dr Kamarul Azizi Ibrahim.

Usaha tersebut adalah antara komitmen yang ditunjukkan oleh gerakan organisasi sivil Malaysia yang turut mendapat sokongan daripada Kerajaan Malaysia.

“Usaha ini telah dirintis oleh Penasihat Khas Hal Ehwal Afghanistan kepada Menteri Luar Malaysia, Datuk Ahmad Azam Ab Rahman susulan daripada misi pertama beliau ke Afghanistan pada Februari 2022 yang lalu selepas berlakunya perubahan kepimpinan negara tersebut kepada Taliban pada Ogos 2021.”

“Kehadiran delegasi OMAI mendapat kerjasama erat Kementerian Industri dan Perdagangan Emiriah Islam Afghanistan (EIA) melalui menterinya Nooruddin Azizi serta Menteri Luar Negeri EIA, Amir Khan Muttaqi.”

“Delegasi disertai oleh usahawan, profesional dan juga mantan pegawai tinggi kerajaan yang mempunyai kepakaran di dalam pelbagai sektor seperti sistem perbekalan dan pengurusan air, sistem zakat dan muamalat Islam dan pelbagai sektor lain,” menurut kenyataan Pusat Kemanusiaan dan Pembangunan Malaysia.

Usaha ini bukanlah perkara yang baru buat Malaysia kerana sebelum ini kita pernah melakukan usaha yang sama membangunkan Bosnia Herzegovina, Kemboja dan Afrika Selatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: