Antarabangsa

Usahawan Kosmetik Mohon Hijrah Australia Selepas Umum Keluar Islam?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

BANGKOK, 20 September 2021 – Seorang usahawan kosmetik popular dikatakan membuat permohonan untuk berpindah ke Australia setelah mendakwa diugut bunuh akibat mengumumkan niatnya untuk keluar daripada Islam menurut sumber laporan Harian Metro.

Selain diburu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat baru-baru ini juga dilaporkan telah ditahan oleh pihak Imigresen Thailand di sebuah kondominium mewah di Bangkok pada 8 September yang lalu.

Pihak imigresen Thailand mendapati Nur Sajat adalah buruan yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia. Kerajaan Malaysia juga telah membatalkan pasport beliau setelah beliau meloloskan diri dari negara ini.

“Semakan imigresen Thailand mendapati pasport Nur Sajat dibatalkan kerajaan Malaysia. Dia kemudian menyerahkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan memaklumkan adalah seorang pelarian.”

“Hasil soal siasat dilakukan pegawai imigresen Thailand, Nur Sajat memaklumkan dia sedang mendapatkan kebenaran berpindah dan berlindung di Australia.”

“Semakan mendapati Nur Sajat memperoleh kad UNHCR yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok.”

“Beberapa urusan berkaitan perpindahan Nur Sajat juga sedang diusahakan UNHCR dengan wakil kedutaan Australia di Bangkok,” kata sumber Harian Metro itu.

Sumber tersebut juga memaklumkan bahawa pihak UNHCR Bangkok telah pun menyediakan peguam bagi Nur Sajat dan bersedia membantu tokoh kosmetik itu untuk mendapatkan kebenaran berhijrah ke Australia.

Nur Sajat dipercayai telah berjaya melarikan diri dari rumahnya di Petaling Jaya ke Thailand dengan menyembunyikan identitinya dengan mengenakan purdah dan niqab.

Beliau dikatakan telah membayar seorang penyeludup profesional yang memiliki dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand sebanyak RM 20,000 bagi membantunya melarikan diri ke Thailand.

Rundingan membawa pulang Sajat untuk menghadapi perbicaraan di Mahkamah Syariah Selangor mengalami kesukaran kerana dikatakan terdapat campur tangan pihak antarabangsa membabitkan negara dan pertubuhan tertentu komited untuk menghalangnya.

Australia sejak kebelakangan ini telah menjadi syurga pilihan yang memberi perlindungan kepada rakyat Malaysia yang secara terbuka telah mengumumkan pemurtadan mereka dari agama Islam.

Sebelum ini, negara digemparkan apabila seorang wanita Melayu yang aktif menghina Islam secara terbuka, Sharifah Farlearton dan suaminya, Yusri telah melarikan diri untuk mendapatkan perlindungan di Australia setelah mengumumkan pemurtadan mereka untuk memeluk Kristian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: