Tempatan

SST 8 Peratus Berkuatkuasa Hari Ini, Tidak Babitkan Keperluan Harian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Mac 2024 – Kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan naik ke 8 peratus berkuatkuasa pada hari ini.

Bagaimanapun, kadar baharu ini tidak membabitkan keperluan harian atau asas pengguna seperti makanan dan minuman, tempat letak kenderaan, telekomunikasi, logistik, penggunaan elektrik bawah 600 kilowatt-jam (kWj) dan perkhidmatan air dirawat tidak dikesan.

Sebaliknya, ia hanya dikenakan ke atas aktiviti perkhidmatan bukan keutamaan seperti mengunjungi hotel, pusat karaoke, loteri, mesin perjudian, perkhidmatan e-dagang, insurans dan takaful.

Justeru itu, peniaga dan syarikat pengendali perkhidmatan diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan keperluan harian bagi mengaut keuntungan berlipat kali ganda sekali gus membebankan rakyat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Fuziah Salleh juga menekankan, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang bertindak sesuka hati menaikkan harga barangan ekoran kenaikan kadar baharu SST ini.

Terdahulu, peningkatan kadar SST baharu ke 8 peratus diumumkan dalam Pembentangan Bajet 2024 pada Oktober tahun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: