Tempatan

Usahawan Kontroversi Cari Suaka Politik?

KUALA LUMPUR – Suatu sumber yang tidak mahu dinamakan mendedahkan seorang usahawan yang terlibat dalam satu kontroversi baru-baru ini dipercayai sedang cuba mendapatkan suaka politik dari negara luar.

Menurut sumber, usahawan kontroversi tersebut yang masih dalam persembunyiannya telah cuba dihubungi beberapa pihak bagi mengusahakan perlindungan terhadapnya.

Baru-baru ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka akan membantu mengesan figura kontroversi ini bagi tujuan soal siasat.

Sehingga hari ini, usahawan kontroversi yang telah beberapa kali melakukan provokasi dengan mengeluarkan kandungan media sosial dengan kenyataan-kenyataan yang mengejutkan banyak pihak ini masih belum dapat dikesan.

Orang ramai dan netizen turut memberikan respons supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan figura kontroversi ini dapat dihadapkan ke muka pengadilan.

Leave a Reply

Back to top button