Tempatan

Usaha Pisahkan Sarawak & Sabah Daripada Malaysia, Mahkamah Tiada Kuasa

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 02 December 2022 – Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dalam satu laporan tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan saman yang difailkan oleh 12 rakyat Sarawak bagi memisahkan dua negeri tersebut daripada Malaysia.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan memaklumkan, plaintif mahu pengisytiharan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terbatal sejak awal lagi, di mana keputusan dasar tersebut adalah urusan badan perundangan dan eksekutif.

“Perkara tuntutan plaintif adalah di luar bidang kuasa mahkamah dan sememangnya tidak sesuai untuk penentuan kehakiman,” kata Shamsul dalam hujahnya yang dibantu oleh Ahmad Hanir Hambaly, Liew Horng Bin dan Low Wen Zhen.

Mengulas lebih lanjut, beliau memberitahu bahawa intipati tuntutan plaintif adalah untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Sabah dan Sarawak serta dikeluarkan segera dari Malaysia. Dan ia adalah tuntutan yang mana, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk memberikannya.

Peguam, Voon Lee Shan bagaimanapun berkata, plaintif memfailkan saman itu atas alasan Malaysia ditubuhkan secara haram. Tuntutan plaintif tidak berbeza dengan mana-mana saman sivil lain yang didasari atas kemungkaran atau penipuan kontrak atau kesalahan.

“Ini bukan pertikaian antara badan antarabangsa atau antara negara,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: