Usaha Gugat Pengerusi SUHAKAM Mesti Dihentikan, Siasat NGO Penerima Dana Asing – Hj Aminuddin Yahaya
KUALA LUMPUR, 20 Jun 2023 – “Kalau ada usaha-usaha untuk menggugat kedudukan pengerusi yang baru ataupun pemegang amanah yang ada dalam SUHAKAM hari ini maka perkara ini tidak seharusnya berlaku dan harus dihentikan,” ujar Pengerusi Kepimpinan Zaaba (ZIL), Hj Aminuddin Yahaya.
Menurutnya, sikap sebegini hanya sebenarnya memperlihatkan bagaimana pemikiran mereka yang cuba untuk mengkesampingkan mana-mana pihak yang membawa nilai-nilai yang berbeza daripada mereka.
Perkara ini, sebenarnya agak pelik walaupun mereka merupakan pejuang-pejuang hak asasi manusia tetapi kita lihat dari segi tindakan mereka seolah-olah mahu memonopoli SUHAKAM ini dan tidak memberi ruang kepada NGO-NGO Islam yang lain untuk memberikan pandangan.
“Sikap sebegini saya rasa tidak harus dilayan oleh pihak Kerajaan ataupun mana-mana pihak yang berautoriti,” tegasnya.
Jelas beliau, tujuan mereka menimbulkan pelbagai isu ini hanya nak mewujudkan tekanan dan memburukan imej SUHAKAM yang ada.
“Memang masih banyak kelemahan-kelemahan belum dibaiki tetapi setidak-tidaknya kepimpinan SUHAKAM yang baru ini lebih baik dan mampu memberi ruang yang luas kepada semua pihak. Berbanding dahulu kalau kita lihat hanya lebih banyak ruang pada sebelah pihak tidak ada engagement dengan NGO Islam tetapi kali ini mereka lebih terbuka dengan pelbagai pihak,” ujarnya.
Maka, laporan ini nanti akan lebih seimbang dan lebih menyihatkan satu perspektif yang menyeluruh tentang keadaan hak asasi manusia dalam negara ini.
Sumber Bantuan Dana Harus Dilihat Kembali
Hj Aminuddin Yahaya berkata, beliau sangat bersetuju bahawa mana-mana pihak yang mendapat suntikan dana ataupun apa jua bentuk bantuan sebenarnya harus dilihat kembali penglibatan mereka sebab kita tahu dan dari pengakuan mereka sendiri bahawa mereka memang menerima dana dari pihak luar yang beribu pejabat di Amerika yang sebenarnya merupakan ejen-ejen CIA bertujuan untuk mengawal dunia melalui aktiviti-aktiviti NGO.
Sebab itu, kita tengok hari ini yang jadi tersohor adalah NGO-NGO yang menyokong LGBT. Jadi, inilah sebenarnya agenda yang dibawa oleh barat kepada pihak yang diberikan geran peruntukan tahunan.
Dalam satu laporan, kita difahamkan daripada tahun 2010 sampai 2020 bermakna 10 tahun jumlah geran yang diberikan sudah mencecah lebih kurang 1 billion ataupun mungkin lebih daripada itu lagi telah diberikan kepada seluruh NGO-NGO di seluruh dunia.
“Tidak mustahil, ini memang strategi pihak Yahudi dan Amerika untuk mengawal dunia melalui NGO-NGO berhaluan kiri ini,” katanya.
Mereka Hanyalah Balaci-Balaci Yang Dicatur Dan Dibiayai Pihak Barat
Pandangan saya, tindakan-tindakan NGO sebegini sebenarnya mereka membawa satu pemikiran barat dan agenda barat bertujuan untuk memporak peranda dan menghancurkan serta mengkucar-kacirkan sistem pentadbiran dalam negara kita dan dalam konteks ini mereka membawa dari perspektif human rights.
Walhal, bukanlah human rights sangat pun tetapi lebih kepada untuk mengganggu-gugat establishment yang ada, tentang agama Islam dan sebagainya.
Tambah beliau, kalau betullah mereka memperjuangkan human rights sudah tentu mereka sepatutnya lebih terbuka untuk menerima pandangan daripada mana-mana pihak.
Maka, tidak hairan pun selama ini mereka kelihatan terlalu berat sebelah dan cuba menyekat NGO-NGO Islam. Kalau boleh mereka sahaja yang bersuara.
Menurut beliau lagi, kita tahu Amerika sendiri sentiasa mengapikan-apikan pertembungan-pertembungan sesama orang Islam, pertembungan sesama NGO-NGO Kerajaan dan sebagainya ini supaya negara kita dilihat tidak stabil.
Justeru, apabila negara menjadi tidak stabil maka Amerika lah akan tampil menjadi negara super power yang akan dilihat sebagai pengaman ataupun mediator kepada negara-negara yang berjaya dikucar-kacirkan.
Jadi, ruang itulah yang akan digunakan mereka untuk campur tangan dan perkara inilah yang harus diperhatikan dengan hati-hati terhadap mana-mana NGO yang menerima dana daripada luar negara ini.
“Gerakan mereka harus disiasat dan dilihat adakah mereka ini sebenarnya serius untuk mencapai kestabilan, keharmonian dan keamanan negara ataupun sebenarnya mereka hanyalah balaci-balaci yang dicatur dan dibiayai oleh pihak barat.”
SUHAKAM Sekarang Lebih Baik Dari Sebelumnya
Hj Aminuddin Yahaya turut berpandangan bahawa perjalanan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang ada sekarang ini jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini kita lihat engagement mereka dengan NGO terutamanya NGO Islam lebih baik dan lebih interaktif berbanding dengan sebelum ini.
Umum sedia maklum, bahawa sebelum ini hampir tidak ada komunikasi antara NGO Islam dengan pihak SUHAKAM malah kita seolah-olah dipinggirkan dari memberikan pandangan.
Mungkin, disebabkan oleh perbezaan dalam melihat sesuatu perkara daripada perspektif yang berbeza. Mungkin juga SUHAKAM lebih melihat dari segi perspektif human rights semata-mata manakala NGO Islam melihat dari perspektif penilaian agama dalam menilai sesuatu perkara ataupun hak human rights itu sendiri.
Maka, sebab itu kita tidak di engage secara berkala dan lebih responsif tetapi alhamdulillah dengan pentadbiran baru ini kita lihat SUHAKAM kini lebih terbuka. Bukan saja mereka engage di pihak sebelah sana tetapi NGO Islam juga dipanggil dan diminta pandangan.
“Saya rasa itu lebih murni dan harmoni dan SUHAKAM menampakkan suatu pandangan yang menyeluruh bukan hanya daripada satu pihak,” ujarnya.
Atas perkara itu, bagi saya kedudukan pemegang amanah, pengerusi dan sebagainya yang ada pada hari ini harus dikekalkan dan dipertahankan.
“Saya tidak kata mereka ini sempurna banyak lagi ruang-ruang yang boleh dibaiki tetapi much better daripada apa yang berlaku sebelum ini,” katanya.