Tempatan

Upah Jurunikah Naik Di Pulau Pinang

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGE TOWN, 26 Februari 2022 – Bermula 1 Mac ini, kadar bayaran sagu hati jurunikah dan dua orang saksi di Pulau Pinang dinaikkan daripada RM120 kepada RM250, ujar Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP), Datuk Mohd Zakuan Zakaria.

Katanya, kenaikan bayaran sagu hati tersebut berlaku selepas 15 tahun dan ia berpatutan dengan khidmat yang diberikan jurunikah dan kedua-dua saksi tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa tanggungjawab mereka bukan mudah kerana perlu memastikan keberlangsungan majlis akad nikah berjalan dengan lancar mengikut syariat yang ditetapkan.

Terdahulu, sagu hati untuk jurunikah adalah RM100, dan kedua-dua saksi nikah menerima RM10 seorang namun selepas 1 Mac, jurunikah akan menerima bayaran sagu hati sebanyak RM150 dan kedua saksi mendapat RM50 seorang.

Hasil tinjauan JHEAIPP mendapati kadar upah saksi lama iaitu RM10 terlalu rendah, jadi diharapkan kenaikan baharu ini dapat membantu mereka, tambah beliau.

Perkara ini tular melalui satu surat di media sosial mengatakan Majlis Agama Islam negeri tersebut meluluskan kenaikan bayaran sagu hati jurunikah dan dua orang saksi nikah di negeri itu bermula Mac ini.

 

Leave a Reply

Back to top button