Tempatan

Untunglah Harga Ayam Putrajaya RM8.50 Mulai Ogos

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 22 Julai 2022 – “Saya nak beritahu kepada Putrajaya, mulai daripada 1 Ogos akan menurunkan harga ayam kepada RM8.50, yang termurah,” kata Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Seri Shahidan Kassim menurut Malaysia Gazette.

Harga ayam dengan harga RM8.50 sekilogram ini bakal dinikmati warga Putrajaya dan penduduk berhampiran secara berterusan selaras dengan program Jualan Rakyat [email protected] yang diadakan di Kuala Lumpur dan Labuan.

Tambahnya, orang ramai boleh menikmati harga ayam murah, yang lebih rendah daripada harga siling yang ditetapkan ini di seluruh pasar-pasar awam di Putrajaya.

Bagi menjayakan inisiatif tersebut, sebuah pusat penyembelihan ayam diwujudkan di Presint 20 bagi membolehkan ayam disembelih di Putrajaya.

Berkata lanjut, beliau juga memberitahu, para peniaga Putrajaya juga boleh mengadu sebarang masalah yang dihadapi kepadanya. Jika masalah sewa, pihaknya akan cuba menurunkan sewa.

“Kita bagitau dengan peniaga-peniaga, apa masalah mereka. Masalah mereka mungkin dari segi sewa. Kita akan turunkan sewa. Kalau masalah mereka dari segi tempat sembelih yang jauh, kita sembelih di sini.”

“Kita nak cuba selesaikan masalah kos sara hidup, kita buat yang terbaik,” kata Dato’ Seri Shahidan Kassim.

Jun lalu, Mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan kenaikan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia.

Jemaah Menteri turut mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya melanjutkan subsidi bagi makanan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: