Tempatan

Untuk Basmi Pengangguran & Kos Sara Hidup, PM Perlu Lantik Pakar, Bukannya ‘Pak Turut’ – Tun M

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Disember 2022 – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim seharusnya melantik pakar yang tidak terikat dengan politik untuk membasmi pengangguran serta kos sara hidup yang tinggi, nasihat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata Tun M, pelantikan ahli Kabinet tersebut tidak seharusnya berdasarkan kesetiaan mereka kepada Kerajaan sebaliknya mengambil mereka yang berkepakaran untuk menyelesaikan cabaran yang mendesak negara tanpa memikirkan tentang perihal gabungan mahupun parti.

“Saya berharap Kerajaan baharu menggunakan kepakaran luar untuk menangani kos sara hidup dan pengangguran yang tinggi.”

“Apabila saya katakan pakar, ia mesti mereka yang tidak setia kepada Kerajaan tetapi mereka yang berurusan dengan fakta dan cara menyelesaikan isu,” kata Tun M.

Lapor sebuah portal berita tempatan, senarai Kabinet Kerajaan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri pada jam 5 petang ini.

Memetik kata sumber kepada portal berkenaan, saiz Kabinet akan dikurangkan sehingga 60 peratus di mana ia hanya melibatkan 25 Jemaah Menteri sahaja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: