Antarabangsa

Kongres AS ‘Buli’ Turkiye Terima Keahlian NATO Sweden & Finland

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

AMERIKA SYARIKAT, 5 Februari 2023 – Sekumpulan 25 orang senator daripada kedua-dua parti utama di Amerika Syarikat (AS) telah memaklumkan kepada Joe Biden bahawa kongres tidak akan membenarkan penjualan pesawat pejuang F-16 kepada Turkiye melainkan Ankara berhenti menghalang  permintaan Sweden dan Finland untuk menjadi ahli NATO.

AS telah menolak Turkiye keluar daripada program F-35 setelah Turkiye membeli beberapa sistem pertahanan udara yang dibuat oleh Rusia.

Setelah itu, Turkiye dan AS mengadakan rundingan bagi 40 unit baharu bagi jet pejuang F-16 dan 79 unit “modernization kits”.  Namun Senato NATO Observer Group pula telah menyatakan kepada Biden bahawa rundingan tersebut memerlukan quid pro quo bagi memastikan ianya berjaya.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Edrogan menyatakan kepada parlimen Turkiye di Ankara pada Rabu lalu bahawa “sesuatu akan dilakukan” jika AS mungkir janji bagi perjanjian F-16 itu.

Sweden dan Finland pada tahun lalu telah membuat kenyataan bahawa mereka tidak lagi mengekalkan pendirian neutral mereka yang bersejarah itu dan akan berpihak kepada blok ketenteraan yang diketuai oleh AS dalam konflik Rusia-Ukraine.

Semua ahli NATO telah bersetuju dengan kemasukan kedua-dua negara itu ke dalam organisasi tersebut kecuali Turkiye dan Hungary.

Hungary dijadualkan untuk menandatangani persetujuan kemasukan dua negara itu pada bulan hadapan, manakala Turkiye pula hanya bersetuju bagi kemasukan Finland dan menolak permohonan Sweden.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: