Tempatan

Akhirnya, Tiada Kematian COVID-19 Akan Dilaporkan – Khairy Jamaluddin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Jun 2022 – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sebuah ciapan telah menyatakan bahawa buat pertama kalinya setelah sekian lama, tiada kematian akibat COVID-19 dilaporkan.

“Hari ini, buat pertama kalinya dari 18 Disember 2020, Malaysia akan melaporkan 0 kematian akibat COVID-19” ujar beliau semalam.

“Pertukaran berterusan kita kepada endemik adalah terkalibrasi dan berpandukan data. Mari kita berdoa supaya usaha kita terus membuahkan hasil,” tambahnya lagi.

Menurut laman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada 18 Jun baru-baru ini, hanya 153 kes baharu direkodkan di mana 122 kes adalah dari saringan bergejala, 29 kes daripada kontak rapat dan 2 kes saringan sendiri.

Setakat Sabtu baru-baru ini, laporan mingguan merekodkan jumlah kes baharu sebanyak 2127 kes, di mana Selangor (897), Kuala Lumpur (482) dan Pulau Pinang (153) mencatatkan antara angka tertinggi dalam negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: