Unifi Eco Majestic Amat Mengecewakan!
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
Saya terpanggil untuk menulis kepada media berkenaan khidmat pelanggan Unifi melibatkan sektor perniagaan saya di Eco Majestic, Semenyih, Selangor.
Kami telah mengalami gangguan bekalan internet sejak hari Selasa (13 Disember 2022). Pelbagai laporan, panggilan, aduan telah dibuat sejak hari pertama gangguan perkhidmatan berlaku.
Pihak Unifi telah respons dengan pasukan yang tidak cukup kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang sepatutnya dapat diselesaikan kurang 24 jam.
Perniagaan kami yang bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan internet telah terjejas sejak dari hari pertama perkhidmatan terganggu.
Yang amat mengecewakan kami ialah respons yang amat lambat untuk selesaikan perkara yang sepatutnya tidak mengambil sampai lebih 72 jam. Hari ini sudah masuk hari keempat, perkhidmatan internet kepada premis kami terganggu. Sebagai pelanggan yang mempunyai rekod pembayaran baik, kami juga mengharapkan perkhidmatan terbaik disediakan kepada kami sebagai pelanggan.
Sebagai sebuah syarikat sederhana kecil yang membantu hasrat Kerajaan menawarkan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan ketika keadaan ekonomi negara sedang dalam fasa pemulihan, kami berasa terjejas dengan ‘hiccup’ yang sepatutnya tidak wujud dalam analisa risiko perniagaan kami.
Kami berasa amat kecewa dan berharap masalah ini dapat diselesaikan segera.