Antarabangsa

Perang Akan Berlarutan, Panjang – Ahli Kabinet Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABTU, 21 Oktober 2023 – Benny Gantz, seorang ahli kabinet bagi kecemasan perang Israel yang juga mantan menteri pertahanan rejim Israel telah mengeluarkan kenyataan bahawa konflik yang terjadi di antara Hamas dan Israel sepertinya tidak akan berhenti dalam masa terdekat.

Kenyataan demikian dibuat pada Rabu lalu sewaktu beliau menyampaikan ucapan pada majlis pengebumian Ofir Libstein, seorang ketua majlis serantau yang mana kematiannya itu didakwa berpunca daripada perbuatan Hamas.

Dalam kenyataan yang sama Gantz turut memberi amaran bahawa kematian dalam skala besar boleh terjadi di luar Gaza. Ujarnya lagi sebagaimana dipetik oleh Times of Israel,

“Peperangan di Selatan – dan kalau perlu, di Utara dan di tempat lain – mungkin mengambil masa berbulan-bulan, dan pembinaan semula akan mengambil masa beberapa tahun. Hanya apabila ianya sempurna barulah kita akan menang”.

Menurut beliau lagi, sasaran Israel “bukan hanya untuk mengalahkan Hamas, tapi untuk menjanjikan bahawa bahagian Selatan akan menjadi 100% selamat”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: