Tempatan

Polis Siasat Kegiatan Jual Darjah Kebesaran Pahang Secara ‘Online’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 13 Julai 2023 – Polis Pahang menjalankan siasatan berhubung kegiatan penjualan bintang dan lencana darjah kebesaran Negeri Pahang melalui platform e-dagang tanpa kebenaran, kata Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman.

Menurut beliau, kegiatan tersebut dikesan selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan menerima laporan berhubung kegiatan tersebut kelmarin.

Berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati satu set darjah kebesaran itu dijual melebihi RM1,000.

Berikutan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017.

BACA JUGA: Naratif Perlekeh ‘Melayu Mundur Negeri PN’ Bakal Rugikan PH-Pakar Komunikasi

BACA JUGA: Azalina Cadang Akta Baharu, Mahu Pesalah 3R Dikenakan Denda

BACA JUGA: Air Bukit Beracun, Hampir 50 Ekor Lembu Maut

“Mengikut seksyen ini, tiada seorang pun boleh kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan membuat bagi maksud jualan atau menjual atau mempamer untuk jualan atau memiliki untuk dijual, apa-apa lambang gelaran atau anugerah,” katanya.

Beliau yang berkata dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang hari ini turut menegaskan bahawa semua pihak tidak dibenarkan untuk memasang mahupun memaparkan lambang atau emblem darjah kebesaran Negeri Pahang pada mana-mana bahagian kenderaan mereka tanpa kebenaran.

“Mana-mana individu yang disabitkan bagi kedua-dua kesalahan berkenaan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” jelasnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: