Tempatan

Hakim Kes Loh Siew Hong Tarik Diri Dengar Permohonan Variasi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 April 2023 – Dalam pengurusan kes Loh Siew Hong pagi ini, Hakim YA Evrol Mariette Peters bersetuju dengan permohonan peguam Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk mengundur diri untuk mendengar permohonan variasi perintah (Lampiran 117) sahaja.

MAIPs yang diwakili peguam Haniff Khatri Abdulla dan Danial Farhan, sebelum ini membuat permohonan untuk Hakim YA Peters mengundurkan diri daripada mendengar Permohonan Variasi Perintah Penjagaan di atas alasan-alasan menurut prinsip perundangan yang terbabit.

Pada 08.03.2022 Majlis Agama Islam & Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah memfailkan permohonan dalam prosiding penceraian antara ibu, Loh Siew Hong (LOH) dan bapa, Muhammad Nagahswaran Muniandy (NAGASHWARAN) untuk kebenaran pencelahan dalam prosiding itu agar MAIPs dapat kemudiannya membuat Permohonan Variasi Perintah Penjagaan yang diberikan kepada ibu LOH supaya MAIPs dapat memperolehi akses memberikan bantuan, panduan dan pendidikan berkenaan Islam kepada tiga anaknya, ketika di bawah jagaan ibu bukan beragama Islam.

Pada 15.06.2022, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memberikan keputusan untuk tolak akan permohonan pencelahan MAIPs.

Walau bagaimanapun, pada 07.02.2023, rayuan oleh MAIPs terhadap keputusan 15.06.2022 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan dan MAIPs telah dijadikan sebagai pihak dalam prosiding penceraian antara ibu, Loh Siew Hong (LOH) dan bapa, Muhammad Nagahswaran Muniandy (NAGASHWARAN) untuk membolehkan MAIPs membuat Permohonan Variasi Perintah Penjagaan yang diberikan kepada ibu LOH supaya MAIPs dapat memperolehi akses memberikan bantuan, panduan dan pendidikan berkenaan Islam kepada tiga anaknya, ketika di bawah jagaan ibu bukan beragama Islam, kelak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: