Tempatan

Agong dan Raja Permaisuri Beri Hamper Makanan Kepada Petugas Barisan Hadapan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semalam mengurniakan sumbangan berbentuk hamper makanan kepada petugas barisan hadapan.

Perkara ini dikongsikan dalam Instagram Raja Permaisuri Agong, @airtangan_tunkuazizah
“sending hampers to all frontliners , police and army on duty …. with love …. hahahaha …. baru perasan terpost video saya hantar kat Tuanku n Jihan ….” 

Antara komen-komen menarik membanjiri ruangan komen adalah seperti dari @dyg_fairyzha yang mengucapkan junjung kasih kepada Agong dan Raja Permaisuri atas pemberian hamper tersebut.

“Benda-benda macam ni memang buat kita orang happy as a frontliner…Thank you tuanku.”

@rabirzmir pula berkata, “Mesti mereka sayang nak makan”

Dan @edlynuh pula menyatakan bahawa Raja Permaisuri Agong memberi inspirasi kepadanya untuk berusaha menjadi orang yang lebih baik.

“Alhamdulillah Tuanku, semoga Tuanku dirahmati Allah SWT selalu,,,Tuanku inspired me to try my best to become a better a better person.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: