Tempatan

Undang-Undang Sedia Ada Cukup Untuk Tangani Isu Hina Islam – Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2022 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad mengatakan bahawa perundangan sedia ada sudah memadai untuk menangani sesiapa yang menghina Islam sebagai Agama Persekutuan.

Beliau berkata sedemikian berikutan peningkatan jumlah insiden yang didakwa menghina Islam di negara ini sejak akhir-akhir ini.

Kata beliau, ia termasuk Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 dan Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Akta Hasutan 948 (Akta 15) juga sudah ada, ia juga mengenakan hukuman kepada mereka yang menghina agama ini dengan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih tujuh tahun,” ujarnya.

Jelasnya, hukuman yang dikenakan adalah untuk mengekalkan keharmonian agama yang kukuh di negara ini.

“Masyarakat Islam kita cukup marah dan kecewa. Janganlah kita melangkaui ajaran agama, adat dan akhlak ketimuran. Pastikan sentiasa berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu,” tegasnya.

Berikutan itu, beliau menyarankan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera kepada individu yang menghina agama Islam. Beliau juga menasihati orang ramai menerusi tulisan di Facebooknya agar tidak mempermainkan sensitiviti agama dan perkauman.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: