Tempatan

Undang-Undang Melindungi Ancaman Seksual Kepada Kanak-Kanak, Malaysia Di Belakang Rakan Asia Tenggara – Badan Luar

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 September 2022 –Penguatkuasaan undang-undang Malaysia bagi melindungi ancaman seksual kepada kanak-kanak masih di tahap rendah sekali gus meletakkan Malaysia jauh ke belakang berbanding negara Asia Tenggara yang lain, lapor sebuah portal tempatan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Ignite Philanthropy and Economist Impact, Malaysia yang mencatatkan peratusan 56.9 peratus, ketinggalan di belakang negara Asia Tenggara yang lain iaitu Indonesia, 68.1 peratus; Thailand, 58.7 peratus; Filipina, 58.4 peratus dan Vietnam, 58.4 peratus dalam mencegah isu berkenaan.

Pengarah Ignite Philanthropy, Don Cipriani berkata, penderaan seksual dan eksploitasi kanak-kanak kini semakin membimbangkan dan ia memerlukan perhatian dan usaha yang bersepadu terhadap isu tersebut.

Kata kajian itu, Malaysia kurang penguatkuasaan undang-undang dalam kesalahan mendapatkan sesuatu dengan paksaan, memaksa, mengancam kanak-kanak bawah umur, aktiviti seksual dengan kanak-kanak bawah umur yang kurang upaya serta antunan seksual dalam talian tanpa berniat untuk berjumpa dengan kanak-kanak berkenaan.

Walau bagaimanapun, kajian itu menyatakan bahawa Malaysia mempunyai undang-undang yang kukuh terhadap kesalahan seperti rogol kanak-kanak, antunan seksual secara dalam talian, pemerdagangan kanak-kanak, sentuhan yang tidak sepatutnya, penghasilan pornografi kanak-kanak serta mendapatkan kanak-kanak untuk aktiviti seksual.

Kajian tersebut turut memuji Malaysia dalam penyediaan ruang yang selamat untuk kanak-kanak memberi keterangan terhadap pelaku keganasan menerusi Mahkamah Jenayah Khas Jenayah Seksual terhadap Kanak-Kanak.

Menurut Out of The Shadows Index, Malaysia berada di kedudukan yang ke-23 daripada 60 buah negara dalam bertindak balas kepada ancaman eksploitasi dan penderaan seksual kanak-kanak (CSEA).

Berikutan itu, beliau mengatakan bahawa dengan adanya kajian itu, mereka berharap agar sepenuh perhatian dapat diberikan kepada penderaan seksual kanak-kanak ini. Bahkan, beliau turut menggesa penggubal dasar untuk lebih bertanggungjawab dengan mewujudkan dunia yang lebih selamat untuk kanak-kanak di semua tempat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: