Antarabangsa

Undang-Undang Lebih Ketat Kalau Tolak Vaksin Penggalak – Trudeau

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KANADA, 10 September 2022 – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengeluarkan kenyataan pada minggu lalu bahawa terdapat “risiko nyata mengenai gelombang serius COVID-19” dan cara terbaik untuk rakyat mengelak daripada sekatan oleh pihak kerajaan adalah dengan “mengemaskini” suntikan vaksin mereka.

“Jika kita dapat mencapai sekitar 80%, 85%, 90% daripada rakyat Kanada yang mengambil suntikan vaksin terkini, kita akan mendepani musim sejuk yang lebih baik tanpa perlunya sekatan dan peraturan yang begitu bermasalah seperti tahun-tahun sebelum ini,” kata Trudeau.

Perdana Menteri itu juga mewar-warkan tentang vaksin yang bersifat bivalent, iaitu vaksin yang direka untuk merangsang tindak balas imun dalam mendepani dua jenis virus atau mikro organisma yang berbeza, yang sudah mendapat kelulusan baru-baru ini.

“Semua yang telah mendapatkan vaksinasi lama dahulu sepatutnya peka mengenai hal yang mana kita kini mempunyai vaksin baharu yang akan dikeluarkan pada hujung bulan ini, yang mana ianya direka khusus untuk varian Omicron. Ianya akan memberi perlindungan yang lebih baik, semua orang patut mendapatkannya,” ujar Perdana Menteri itu lagi.

Jean-Yves Duclos, Menteri Kesihatan Kanada juga mewar-warkan semula ulasan Trudeau dan menyamakan vaksinasi dengan “mengecas bateri telefon bimbit.”

Menurutnya, “Perlindungan vaksinasi adalah seperti bateri telefon. Ianya perlu dicas semula dari masa ke semasa. Mengecas semula perlindungan kita setelah enam bulan adalah penting. Kalau tidak, kita akan ketinggalan tanpa kuasa untuk melindungi diri dan orang yang tersayang.”

Hanya 49.57 peratus warga Kanada yang telah menerima suntikan penggalak, berbanding mereka yang menerima dua dos pertama.

Jabatan Kesihatan negara tersebut telah mencadangkan bahawa warga Kanada seharusnya mendapat suntikan penggalak COVID-19 sekali dalam setiap tiga bulan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: