Antarabangsa

Undang-Undang Islam Eksploitasi Kepercayaan Buddha – NGO Buddha

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGKOK, 23 September 2022 – “Peraturan dan dasar Islam ekploitasi agama Buddha kita. Adalah menjadi kewajipan umat Buddha untuk mempertahankan agama mereka sendiri dan menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan produk dengan label halal,” kata Praphat Kittiruedeekun, wakil dari Buddhism Protection for Peace (BPP).

Kenyataan ini dikeluarkan sewaktu NGO itu mengadakan protes menuntut rangkaian kedai serbaneka di negara itu untuk menyediakan rak khas untuk produk tanpa label halal. Dakwa mereka, label halal menjadikan harga barangan menjadi lebih mahal.

Dakwanya lagi, populasi masyarakat Thailand didominasi sama ada oleh Buddha ataupun Kristian, dan mereka tidak sepatutnya membeli produk pada harga yang lebih tinggi kerana pelabelan halal.

“Label halal tidak penting bagi kami, dan kami tidak sepatutnya membayar lebih untuknya,” kata Praphat.

Tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh NGO Buddha itu walau bagaimanapun mendapat kritikan dari netizen Thailand yang menegaskan bahawa mereka sepatutnya membantah jabatan rasmi yang memperoleh wang daripada pelancaran label halal, bukan terhadap orang Islam ataupun kedai serbaneka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: