Undang-Undang Antarabangsa Perlu Digerakkan Kekang Insiden Bakar Quran
ARAB SAUDI, 03 Julai 2023 – Sebuah kumpulan Islam yang terdiri daripada 57 buah negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan berkelompok perlu dilakukan untuk menghalang penghinaan al-Quran.
Kenyataan yang telah dibuat oleh Organisation of Islamic Cooperation (OIC) pada hari semalam itu juga turut menyentuh tentang keperluan penggunaan undang-undang antarabangsa bagi menghentikan kebencian keagamaan.
BACA JUGA: Keselamatan & Kedaulatan Negara Dikompromi, Tiong Perlu Letak Jawatan – Hj Aminuddin
BACA JUGA: PAS Dakwa DAP Main Isu 3R, Gesa Kerajaan Adil Dalam Tindakan
BACA JUGA: AMARAN: Ribut Petir & Angin Kencang Bakal Badai Beberapa Negeri Sehingga Rabu
Kenyataan yang dikeluarkan itu telah dibuat sewaktu sebuah mesyuarat khas diadakan bagi membincangkan tentang insiden pembakaran naskhah al-Quran yang berlaku pada Rabu lalu di Sweden.
Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha telah menyatakan bahawa kumpulan tersebut mesti sering menghantar peringatan kepada komuniti antarabangsa berkenaan desakan mengaplikasikan undang-undang antarabangsa yang jelas melarang sebarang kebencian dan advokasi keagamaan.
Pada Rabu lalu, seorang lelaki telah bertindak mengoyakkan dan membakar naskhah al-Quran di luar masjid utama Stockholm sewaktu dalam sebuah protes.
Tindakan jahat yang dilakukan pada hari raya Aidiladha tersebut telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Polis Sweden pada awalnya telah memberikan kebenaran untuk protes tersebut diadakan namun setelah pembakaran naskhah al-Quran itu, pihak polis telah membuat pendakwaan terhadap lelaki yang membakar al-Quran itu dengan dakwaan hasutan terhadap kumpulan etnik atau bangsa.