Tempatan

UMS Sediakan Rujukan Pembinaan Bangunan Tahan Gempa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 21 Ogos 2023 – Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerbitkan rujukan pembinaan bangunan tahan gempa bagi menghadapi risiko bencana gempa bumi di negara ini.

Pengarahnya, Prof Madya Dr Carolyn Payus berkata, rujukan itu dihasilkan sebagai langkah baharu memastikan pembinaan dan reka bentuk bangunan di negara ini disesuaikan dengan risiko gempa bumi.

BACA JUGA: Rakyat Malaysia Diseru Fokus Isu Keselamatan Al-Quds – Duta Palestin Ke Malaysia

BACA JUGA: AS Gesa Suntikan Booster Subvarian Baharu

BACA JUGA: Wabak Pertussis: Situasi Terkawal, JKN Pahang Terus Pantau

“Pihak NDRC sudah mengeluarkan rujukan dalam pembinaan dan reka bentuk bangunan di Malaysia supaya mampu bertahan sekiranya berlaku gegaran gempa bumi menerusi penyelidikan daripada Felo Utama Seismik Gempa dan Kejuruteraan NDRC UMS, Dr Noor Sheena Herayani.”

Dalam pada itu, NDRC juga sudah mengeluarkan pemetaan Garis Sesar Zon Bahaya Seismik bagi negeri Sabah yang memaparkan kawasan berisiko gempa bumi.

“Peta itu dihasilkan menerusi penyelidikan Felo Penyelidik Geologis NDRC UMS, Dr Hardianshah Salleh dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pembabitan NDRC dalam kajian ini amat penting dan sangat signifikan kerana Sabah lebih kerap terdedah terhadap ancaman gempa bumi.

Sebelum ini, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) turut memaklumkan bahawa Malaysia tidak sepenuhnya bebas daripada risiko gempa bumi.

Menurut NRECC, kejadian gegaran gempa bumi boleh berlaku di Sabah dan Sarawak adalah disebabkan kombinasi pengaktifan sesar kuno akibat himpitan pergerakan tektonik Plat Filipina dan Plat Eurasia, selain pergerakan sesar aktif tempatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: