Tempatan

Logo Halal Palsu, KPDN Serbu Kilang Susu Kacang Soya Teluk Intan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TELUK INTAN, 28 Jun 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu sebuah kilang susu kacang soya di Teluk Intan dan mendapati ianya menggunakan logo halal palsu.

Kata Ketua Pegawai Penguat Kuasa Pejabat KPDN Perak, Mohamed Aznanshah Khalid, hasil pemeriksaan premis mendapati terdapat susu kacang soya siap diproses, dibotolkan dan disyaki menggunakan logo halal palsu untuk diedarkan ke kedai runcit sekitar Teluk Intan.

Ujarnya, logo halal itu tidak mempunyai perakuan dan kebenaran daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) malah semakan awal Bahagian Pensijilan Halal Jabatan Agama Islam Ipoh turut mengesahkan mereka tidak diberikan sebarang pensijilan atau kebenaran untuk meletakkan logo halal pada produk premis berkenaan.

BACA JUGA: AWAS! Tanah Runtuh Di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

BACA JUGA: Aidiladha: Penjawat Awam Dapat Cuti Tambahan, Swasta Tidak Tertakluk

BACA JUGA: Ramalan Cuaca Khas Sempena Hari Raya Aidiladha

Bukan sekadar itu, pemilik premis juga dipercayai mengubah suai premis kediaman menjadi tempat memproses makanan dan minuman.

Tambah Aznanshah, “Kami menyita sebanyak 170 botol susu kacang soya dan 4,300 unit label yang mempunyai logo halal, manakala pemilik perniagaan lelaki berusia 58 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.”

Menurutnya, kes disiasat mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Mengulas lanjut, serbuan itu dijalankan menerusi Ops Logo Halal Palsu kira-kira jam 11 pagi semalam selepas risikan selama beberapa hari. Turut bekerjasama dalam operasi itu adalah Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak dan Majlis Perbandaran Teluk Intan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: