Tempatan

Modul Pendidikan Anti Rasuah: Tambah Baik, Masukkan Kesalahan Jenayah Lain

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SUNGAI BESAR, 31 Ogos 2022 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disarankan untuk menambah baik modul pendidikan anti rasuah dengan memasukkan elemen jenayah lain di dalam buku teks sekolah rendah dan menengah.

Kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali, pelajar perlu didedahkan kepada pelbagai aspek lain yang pada masa ini modul tersebut hanya mengetengahkan tentang anti rasuah.

Jelas beliau, elemen tersebut penting bagi meningkatkan integriti dalam kalangan pelajar supaya mereka menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.

“Pada pandangan saya silibus sedia ada mencukupi cuma apa yang perlu ditambah ialah elemen peningkatan integriti lain.”

“Kita tidak mempunyai apa-apa halangan malah kita bersetuju jika silibus ini dikembangkan meliputi kesalahan lain antaranya jenayah seperti siber dan komersial,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, beliau turut menyarankan penglibatan dari pihak berkuasa yang lain untuk membantu memantapkan dan memperkasa modul pendidikan anti rasuah itu.

Sebelum ini, SPRM telah melaksanakan modul pendidikan anti rasuah dengan menggunakan Modul Kursus Integriti dan Anti Rasuah (KIAR) buat pelajar Pendidikan dan Latihan Vokasional (TVET) yang akan bermula awal September ini.

Pelaksanaan modul itu merupakan sebahagian daripada inisiatif bagi memberi kesedaran kepada golongan muda agar tidak terlibat dalam kancah rasuah yang mampu merosakkan negara.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: