Tempatan

Darurat Tidak Disambung – Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 26 Julai 2021 – Kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, kerajaan juga memutuskan, berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan.

Ujar Datuk Seri Takiyuddin, kerajaan sudah menarik balik semua ordinan darurat berkenaan pada 21 Julai lalu.

“Pembatalan ini menjadikan isu Proklamasi dan Ordinan Darurat tidak lagi berbangkit.”

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan beberapa ordinan sepanjang tempoh Proklamasi Darurat antaranya Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu); Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (pindaan) 2021.

Di samping itu, Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja)(pindaan) 2021, turut dilaksana dalam usaha menbendung penularan COVID-19.

Pada 16 Jun 2021, Raja-Raja Melayu sependapat, tiada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos depan.

Hari ini merupakan hari pertama berlangsungnya sidang khas Dewan Rakyat setelah Parlimen tidak bersidang sejak 12 Januari 2021.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: