Tempatan

Jeti Roboh, Guru Bergelut Selamatkan Anak Murid

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Sabah, 30 Januari 2023 – Tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan guru-guru di sebuah sekolah di Sabah bergelut menyelamatkan anak-anak murid yang jatuh ke dalam laut selepas jeti kayu yang digunakan roboh.

Difahamkan, kejadian jeti roboh itu berlaku berdekatan Sekolah Rendah Kampung Pababag Semporna Sabah.

Dalam video tersebut dapat dilihat dan didengar tangisan anak-anak yang jatuh ke dalam laut di samping keadaan kelam kabut para guru cuba menyelamatkan anak-anak murid mereka.

“Dpt dri group ws. Siannya budak-budak sekolah. Semoga semuanya selamat dan baik-baik jer. Semoga Allah balas jihad dorang dgn masa depan yg baik,” kata seorang pengguna sosial, @jonjonahah.

BACA JUGA: Banjir: Menteri Cadang Wujudkan Juga Tempat Proses Retort Food Di Sabah

BACA JUGA: Perkuburan Berusia 120 Tahun Bakal Lenyap, Penduduk Cetuskan Kebimbangan

BACA JUGA: Demam Babi Afrika Tidak Jangkiti Manusia – JPV

Tinjauan samudera.my di laman komen video tular ini mendapati, beberapa pengguna media sosial menuntut menteri dan Kementerian Pendidikan bertanggungjawab dalam kejadian ini.

The ones with power there must be responsible, all those teachers & students don’t deserve this, they deserve better facilities (and life)! Semoga semuanya selamat & baik² saja,” kata @RosmanPositivo.

@AhmadNurYassin pula berkata, “Menteri-Menteri sekalian . Tak tahulah apa lagi cara yang dapat membuka mata kalian . Kalau insiden sebegini pun masih dipandang enteng menjawablah kalian bersama pangkat yang digalas dipadang berpasir putih seluas-luas dimana tidak terlihat dataran rendah mahupun tinggi”

Manakala seorang lagi pengguna media sosial, @pyqhhhhhhh memohon Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek untuk memeriksa semua laluan menuju ke sekolah di Sabah dan Sarawak terutama di kawasan pedalaman.

“@FadhlinaSiddiq mnta yb check semua laluan ke sklh yg trdpt di bhgn borneo terutama yg pedalaman @n_izzah masukkan peruntukan dlm bajet 2023 utk kos pembinaan laluan yg sepatutnya supaya mereka dapat hadir ke sklh dgn selamat”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: