Tempatan

Kesan Sampingan Vaksinasi COVID-19: PPIM Sedia Bantu Rakyat Buat Tuntutan Terhadap Kerajaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 14 April 2021 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersedia membantu penerima vaksin COVID-19 yang mengalami kesan sampingan selepas suntikan vaksinasi untuk membuat aduan dan menuntut ganti rugi terhadap kerajaan.

Bercakap dalam sidang media yang diadakan hari ini di pejabat PPIM, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, “Sementara kerajaan keluarkan kaedah tuntutan, PPIM bersedia menerima aduan atau mencari kaedah. Kita harap dapat buat sesuatu untuk ringankan beban pihak yang terkesan dari Covid. Sementara kita boleh buat sesuatu yang datang dari pelbagai pihak seperti masalah kewangan.”

Kata beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Toqqi, PPIM telah menerima banyak aduan mengenai kesan sampingan suntikan vaksin COVID-19, namun, apabila perkara ini diadukan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tiada jawapan diberikan.

“Aduan diterima kesan suntikan, banyak. KKM masalah sikit. Bila PPIM tanya, tak mahu jawab.”

Oleh hal yang demikian, PPIM berharap agar kerajaan dan KKM dapat memberi kaedah yang jelas kepada rakyat bagaimana untuk membuat tuntutan.

“Kita harap kerajaan terutama KKM perlu beri kaedah yang jelas supaya kita boleh teruskan tuntutan yang dibuat pihak mangsa.”

“Kita nak ada satu kesefahaman supaya perkara ni dapat reda. Apa kaedah atau tindakan dibuat oleh kerajaan.”

Tegas Toqqi lagi, apa yang diperlukan rakyat ketika ini adalah saluran maklumat yang benar dan tepat.

“Yang penting adalah maklumat. Kerajaan tak bagi maklumat. Cuma bagi di telefon. Bila tak sure, (rakyat) akan jadi curiga.”

Justeru, Toqqi sekali lagi menegaskan, adalah amat penting bagi kerajaan berkongsi apa-apa maklumat berkaitan dengan vaksinasi COVID-19.

Basically, nak atasi fake news, kerajaan perlu keluarkan berita sahih.”

“Kerajaan perlu buat sesuatu untuk tangani perkara ini. Nanti takut jadi huru-hara dan orang marah.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: