Terkini

Vape Malaysia Tinggi Nikotin, Melebihi Had Maut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Mei 2023 – Kebanyakan produk vape yang dipasarkan di negara ini mengandungi kandungan nikotin melebihi had yang sepatutnya.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Dr Amar Daud Iskandar Abdullah dan Prof Dr Long Chiau Ming dari Pusat Pengajian Perubatan dan Kaji Hayat Universiti Sunway memaklumkan, ia berikutan undang-undang yang lemah berkaitan pemantauan cecair vape di negara ini.

BACA JUGA: Sarawak Aktifkan Pangkalan Hadapan Musim Kemarau Buat Pertama Kali

BACA JUGA: Pembenihan Awan Bergantung Kepada Cuaca Semasa

BACA JUGA: Malaysia Akan Jadi Lebih Kering & Panas Bermula Jun Hingga Oktober

“Berdasarkan kekuatan nikotin yang diiklankan di negara ini, terdapat sebanyak 22mg nikotin setiap mL bagi isi padu tiub 60mL (kira-kira empat sudu besar) cecair vape dan ia sudah melebihi had maut.”

Berbanding kekuatan maksimum yang dijual di United Kingdom dan Australia ia hanyalah sekitar dua peratus atau 20mg nikotin bagi setiap milimiter (mL) cecair yang dijual.

Jelas mereka, berdasarkan kesusasteraan perubatan, had maut daripada nikotin yang ditelan oleh orang dewasa adalah antara 60mg hingga 500mg.

Bagi kanak-kanak dengan berat kurang daripada 20 kilogram, pengambilan kurang daripada 1mL larutan nikotin dengan kepekatan nikotin yang tidak jelas, boleh menyebabkan kesan yang serius seperti sawan, kekeliruan, tekanan darah rendah, kesukaran bernafas dan kematian.

“Kes sedemikian pernah dilaporkan di beberapa negara dan ibu bapa telah didakwa akibat kecuaian,” kata mereka dalam kenyataan.

Hal ini sungguh membimbangkan memandangkan cecair vape sangat mudah didapati di negara ini, sama ada dalam talian mahupun kedai runcit, serta reka bentuknya sering disalah anggap sebagai jus atau minuman buah-buahan

Oleh itu, Dr Amar Daud Iskandar Abdullah dan Prof Dr Long Chiau Ming menasihati ibu bapa agar meningkatkan kesedaran anak mereka mengenai bahayanya vape dan e-cecair berkenaan.

Mereka turut mengingatkan untuk mendapatkan rawatan perubatan segera sekiranya mengesyaki bahawa seorang kanak-kanak termakan e-cecair secara tidak sengaja.

“E-cecair yang digunakan dalam peranti vape mengandungi bahan kimia berbahaya, termasuk nikotin yang bukan sahaja berbahaya ketika dihidu tetapi juga apabila ditelan atau terdedah kepada kulit.”

“Hanya beberapa titisan cecair vape boleh menyebabkan simptom berkaitan otak dan jantung yang ketara pada kanak-kanak.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: