Tempatan

Ayah Sendiri Minta Kami Pertahan Keislaman Anak-Anaknya – Mufti Perlis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Februari 2022 – Ayah kepada tiga orang kanak-kanak itu sendiri mahu keislaman anaknya dipertahankan, tegas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ilmuan Islam itu mendedahkan, bapa kepada tiga orang kanak-kanak itu sendiri telah menghubungi pihak berkuasa agama Perlis dari tahanan penjara di Kelantan memohon agar keislaman anak-anaknya dipertahankan.

BACA: Ceroboh Tanah Organisasi Islam, Kuil Minta Pampasan – Wan Asshima Kamaruddin

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

BACA: Pelampau Hindutva Berpesta Hancurkan Kubur Umat Islam

Pihak berkuasa agama Perlis tidak mempunyai sebarang bantahan sekiranya mereka tidak mahu memeluk agama Islam, namun bapa mereka sendiri telah membuat panggilan telefon meminta bantuan mempertahankan pemelukan Islam anak-anaknya itu, menurut Mufti Perlis.

Perlis tidak pernah memaksa sesiapa untuk memeluk Islam, bahkan pada 2015 Perlis telah mengeluarkan sebuah fatwa yang telah diiktiraf sebagai yang paling harmoni dalam negara ini, kata Mufti Perlis merujuk sebuah fatwa yang telah digazetkan oleh Jawatankuasa Fatwa Perlis pada bulan Julai 2015 yang menegaskan bahawa hak penjagaan anak-anak tidak boleh dinilai hanya berlandaskan kepada agama salah seorang daripada ibu atau bapa yang memeluk Islam, tetapi hak penjagaan diserahkan kepada salah seorang yang lebih menjamin kebajikan anak itu.

Anak-anak itu mahir mengaji al-Quran dan memakai hijab selain mereka sendiri mahu memeluk agama Islam bahkan sebelum ayah mereka, Nagashwaran Muniandy memeluk Islam, jelas mufti itu.

Ibu mereka, Loh dengan bantuan ADUN DAP Bagan Dalam, M Satees dan Presiden Tamilar Kural Malaysia, David Marshel telah membuat laporan polis bahawa anak-anaknya telah diambil secara tidak sah tanpa pengetahuannya.

Loh membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 13 Februari bagi mendapatkan kembali ketiga-tiga anaknya itu.

Kanak-kanak itu kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis sehingga kes ini dibicarakan pada 21 Februari 2021.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: