Tempatan

Usul Tiada Pertandingan, Ahli UMNO Lapor ROS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 22 Januari 2023 – Dua ahli UMNO membuat laporan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) meminta siasatan dijalankan berhubung usul tambahan dua jawatan yang tidak dipertanding, dipercayai bertentangan dengan perlembagaan parti itu.

Ahli UMNO Terengganu, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli Negeri Sembilan, Fiqri Firdaus mendakwa pembentangan usul itu telah melanggar Perkara 10 perlembagaan parti.

Menurut mereka, “Sebenarnya usul itu perlu dibentangkan 14 hari sebelum perhimpunan agung, atau tujuh hari jika ia dibentangkan oleh Majlis Tertinggi. Ia boleh dibentangkan pada hari perhimpunan sendiri jika MT menjelaskannya sebagai perkara mendesak dan berkaitan dengan kepentingan awam.”

Namun begitu, Aizat menjelaskan bahawa tiada perbincangan mengenai usul tersebut, MT tidak memberi sebarang penjelasan, malah ia juga tiada kaitan dengan kepentingan awam, sebaliknya hanya menguntungkan presiden dan timbalannya.

BACA JUGA: Penjara Atau Denda, Guna Jata Persekutuan Tanpa Kebenaran

BACA JUGA: Perjuangan Melawan COVID-19 Masih Berliku, Tegas China Sempena Tahun Baru

BACA JUGA: Semakan Undang-Undang Pelawak Crackhouse Comedy Ditolak

Sebelum ini, dalam Perhimpunan Agung UMNO, wakil Negeri Sembilan Shukri Shamsudin telah mencadangkan usul untuk mengecualikan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden daripada dipertandingkan semasa pemilihan parti yang dijangka berlangsung pada Mei.

Usul itu diluluskan sebulat suara namun menyebabkan beberapa perbezaan pendapat dalam parti.

Segelintirnya berpandangan, perkara itu berisiko memecahbelahkan parti, manakala yang lain berpendapat ia akan membenarkan Presiden Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Mohamad Hasan, membuktikan mereka mempunyai sokongan akar umbi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: